Skip to main content

NOMBOR

 Kosong.
Sifar.
Hanya nombor yang kau rasakan.
Rasa sepenuh hati pabila tiada sesiapa disisi.

Satu.
Sa-tunggal.
Tidak kau peduli tika kau dalam paras berduka.
Sa esa Dia kau tidak pernah nampak.

Dua.
Pasangan.
Tidak kau endah akan kehadirannya dari dulu.
Ibu bapa yang kau lupa mereka memahami setiap inci diri itu.

Jamak.
Infiniti jumlah-totalnya.
Yang lempar bahu, tangan untuk digapai.
Butuh mereka, tapi ditolak-buta kehadirannya.

Mahu apa kau sebenarnya pada mereka yang hadir?
Hanya untuk dipersalahkan, bila kau rasa sunyi?
Sedarlahh walau seketika;
Mereka sentiasa ada pada bila kau mahu.


p/s : kalau sudi nak komen pasal hasil tulisan saya. :)
terima kasih .

Comments

Popular posts from this blog

Aku

Aku pelik.
Pelik macam mana orang boleh buat keputusan.
Aku keliru.
Keliru nak tentukan apa dalam hidup aku.Sometimes people just saying that "life is easy like an abc". But why im still cant to decide what i want to do in my life? What i want to be? Buntu.
Penat.
Celaru.
Semak.Kadang-kadang aku campak je diri ini ikut apa yang diatur. Tapi aku nak jadi orang luar biasa.Life is hard.
Life is rough.Never take it easy.Hope i strong enough to change myself.
Good luck to myself.

Penat

Penat..
Penat bila kau baik dan sebenarnya ada hati.
Penat bila kau suka tapi tak terluah.
Penat bila aku keliru.
Penat bila aku kena jaga hati.
Penat bila kita sama2 malu.
Penat bila kita sama2 tak faham.Penat utk memikir.
Penat utk menaip.-tiangyangberkata-

Silat itu tak tenggelam dalam zaman

Aku bukan si baju merah mahupun kuning.Silat bukan hanya seni dimana gerak langkahnya hanya ditiru untuk dipertontonkan.
Silat juga bukan untuk kepentingan kerajaannya, tapi untuk negaranya.
Negaraku, tanah tumpahnya darahku.
Andai si penjajah datang merobek tanah akan datang, kamu kehabisan peluru; buntu untuk berbuat apa.
Panggil la kami, yang kamu anggap hanya sebagai 'khazanah masa lampau' ini kedepan.
Kami sedia.1 2 3 melayu mungkin dungu.
Tapi bukan semua.
Ada pernah orang bilang: 'Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar.'