Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Syukurlah nak..

Mungkin kita lebih meminta dari bersyukur. Mari sebut bersama.  Allah allah alhamdulillah.

Makhluk yang merindu

Petang...
Aku rindu pada pagi yang damai itu.
Harap kau tidak cemburu hati. Aku rindu dinginnya dia.
Aku rindu bisunya dia.
Aku rindu tenangnya dia.Ya aku rindu dia. ----------------------------------Manusia...
Tak pernah aku cemburu hati.
Kerna pasti ada yang merinduiku juga. Rindu pada aku kerna jingga oren.
Rindu pada aku untuk pulang rumah.
Rindu pada aku sebab menanti malam.  Ya masing-masing berhak rindu.

Hari untuk mereka

Selamat pulang ke Malaysia
Semoga selesa pulang kemari
Harap aman bila di sana
Moga kita berjumpa nantiAlfatihah utk saudara seislam dan takziah buat bukan islam.  MH17&MH 370 dalam doa kami.

Kalau ditanya tinggi mana sayang aku

Kalau ditanya tinggi mana sayang aku
Ku jawab tidak pernah tinggi
Biar kuat di akar
Bukan hanya lebat di rimbun.Kalau ditanya lagi, besar mana sayang aku,
Jawab ku sekecil yang mampu
Biar senang di simpan rapi
Bukan hanya terlihat tapi terbuang. Sayang bukan ukuran
Hanya enak-enak untuk dirasa. *Balasan dari insta cik pinat*